sponsor

READ , RATE and GET MONEY

Wednesday, June 30, 2010

INFO: PELAKON WINTER SONATA BUNUH DIRI

Drama yang paling popular dan menyentuh hati




Hi semua!!!....



Siapa pernah tengok winter sonata? Drama Winter Sonata ni, boleh dikatakan drama korea yang pertama tayang di Malaysia (tak silap MDD la). MDD memang minat abis dekat cerita ni. Tangkap leleh ar.huhuhuh...


MDD nak bagitahu berita kurang menarik ni. Kalau dengar pun mesti tak percaya. MDD sendiri masih tak percaya yang salah seorang pelakon winter sonata.( Boleh dikatakan , pelakon ni penaraju utama jugak la) mati bunuh diri. BETUL KE NI?????

Pelakon winter sonata tersebut ialah PARK YONG HA(kalau tengok kat pic atas tue, yang kedua dari kiri). Beliau juga merupakan seorang penyanyi. Selain winter sonata, drama lain yang beliau berlakon adalah ON AIR, MEN's STORY dan banyak lagi la. Seorang pelakon yang amat berbakat

Bagaimana PARK YONG HA mati? Ni pun MDD agak terkejut jugak,beliau mati bunuh diri dengan menggantungkan dirinya menggunakan wayar telefon. Uish, dahsyatnya. Macam agak stress jer.Sebelum PARK YONG HA mati, beliau tidak henti-henti mengucapkan " Saya minta maaf" kepada keluarga dan ayahnya. Walaupun polis mengatakan bunuh diri, tetapi ada lagi butiran yang masih dirahsiakan.


Apa-apa pun mungkin dah ajalnya. Tetapi bagi peminat-peminat PARK YONG HA dan industri seni . Mereka telah hilang seorang pelakon dan penyanyi yang berbakat. Beliau akan dikebumikan pada 2 Julai.



sumber:allkpop,tiffannyinkimchiland

Monday, June 28, 2010

DRAMA MELAYU: LAILA ASYIKIN (TV3)




Assalamualaikum dan Hi semua!!!

Ketemu lagi.Okey kali ini MDD nak bagitau pasal drama dari slot Samarinda TV3 yang terbaru. Drama ini akan mula ditayangkan pada 1 Julai ini. Setiap hari Selasa~Khamis, Jam 10.30 malam. Drama LAILA ASYIKIN ini bakal menggantikan drama NOKTAH ERNA.

Siapa pelakon utama Drama LAILA ASYIKIN ini?
Hah~~~ingat tak lagi kawan baik kepada Nur Amina dalam cerita NUR KASIH. Ala yang sama-sama belajar di UIAM. Yup, mesti ingatkan .Selama ini hanya berlakon sebagai watak sampingan dan kini Nur Fathia Latiff menjadi watak utama dalam Drama LAILA ASYIKIN ini. Selain dari Nur Fathia, antara pelakon lain yang menjayakan drama ini adalah Fahrin Ahmad (Hero rasanya), Diana Amir, Hamidah Wahab, Zain Ruffedge dan ramai lagi.

Sinopsis penuh MDD tak dapat nak cari lagi. Tapi dalam myMetro online, ada bagitau sikit. Laila Asyikin merupakan seorang gadis remaja ,berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Seorang perempuan solehah yang mengharungi pelbagai dugaan hidup. Nampak macam samar-samar lagi kan. Jangan risau , nanti kalau ada Sinopsis MDD cepat-cepat update.


PERINGATAN LAGI SEKALI>>>>!!!
JANGAN LUPA K...SAKSIKAN DRAMA TERBARU SLOT SAMARINDA TV3 "LAILA ASYIKIN" SETIAP HARI SELASA~KHAMIS,JAM 10.30 MALAM ,MULAI 1 JULAI 2010


p/s: poster kat atas tue,MDD buat sendiri sebab poster yang betul tak keluar lagi.

MUZIK : MENTOR 4- MOHD,NANI & ADI mara ke FINAL


Assalamualaikum semua!!! dan hi.!!!!

Siapa tengok Mentor 4 tadi? Mestilah tengokkan. tak kisah la tengok kat tv ataupun pergi tengok dewan MBSA Shah Alam. Mentor 4 tadi menyaksikan persaingan antara MOHD,NANI,ILA dan ADI untuk peringkat separuh akhir ke-2. Fuhhh...saingan yang cukup mantap. Pertarungan itu berakhir dengan ILA iaitu mentor kepada Joe Filzow tersingkir. Tak perlah ILA. Mungkin tak ada rezeki. Tetapi bagi MDD la, persembahan ILA memang best. Apa-apa pun kalah menang itukan adat dalam bertanding. Hope juga ILA tak berputus asa dan keep going. Jangan merasakan ini adalah penamatnya.

Buat MOHD, NANI dan ADI ...CONGRATULATION to you aLL...dan JUMPA di FINAL nanti. GOOD LUCK. Masing-masing buatlah terbaik. Martabakan industri muzik tanah air kita. Berikan kelainan sedikit. Saingan lagi sengit untuk ketiga-tiga protege ini untuk FINAL. Kena bekerja keras ni. Tak sabar MDD nak tahu, siapakah JUARA MENTOR 4 ni....


Adakah MOHD? NANI ? @ ADI?...sama-sama kita saksikan.

CHOPPP!!!HAH!apa!..MDD sokong sapa?..hihihh........siapa-siapa yang berjaya memukau MDD. sehingga MDD leh sebut WOW!!(dengan mata terbeliak). Okey....

SEE u next time........

MANA LA>>>video catch up tv3 untuk Mentor 4( semi-final ke 2) ni......



Saturday, June 26, 2010

MUZIK: LIRIK EVEN BECOMING WINDS @EVEN IF WISHED COME TRUE




Assalamualaikum....dan HI semua!!!

Mungkin anda dah dengar lagu OST Road No.1, yang dinyanyikan oleh Hwanhee. Tajuk untuk lagu ni, MDD agak keliru sikit. Tak tau yang mana satu betul. Yerlakan, MDD tak pakar sangat bahasa korea ni. Rasanya nak kena masuk kelas bahasa korea lepas ni.

Kalau dalam bahasa korea-Barami Doeeoseorado . MDD google punya google, banyak plak maksudnya.Takper la....tak kisahlah EVEN BECOMING WINDS atau EVEN IF WISHED COME TRUE. Janji lagu ni best sangat untuk didengar. Ditambah pula bila liriknya ditranslate. MDD agak syahdu jugak. Memang sepadan la dengan tema Drama ini. Kat sini MDD , sertakan lagi sekali lagu ni + lirik lagu yang dah diterjemahkan. SEMOGA TERHIBUR!!!!.

MDD nak bagi tahu lagi sekali yang lagu ni adalah OST untuk Drama korea terbaru Lakonan Sob Ji Sub dan Kim Ha Neul- Road No.1. Drama ini mengenai peperangan dan percintaan. Drama ini menelan belanja 10 billion Won. Lagu BARAMI DOEEOSEORADO dinyanyikan oleh bekas kumpulan FLY TO THE SKY- Hwanhee. Lagu ini juga khas untuk watak utama.(disebabkan itulah OST ini release dulu berbanding lagu lain)






HWANHEE
MV OST ROAD No.1
Credit to yukichi2525@youtube.com





LIRIK-EVEN IF WISHED COME TRUE by HWANHEE
Credit to wackycashew

VERSE 1:
Though we have to part, it’s just for a short while
I know in this world, there’s no one else but you
Do you think you can wait for me to return?
Or do you think I’m asking for too much?

You know you’re the reason I live
I will hold on to you
Until the day we meet once again

CHORUS 1:
Don’t you ever doubt the love that I have for you
Deep within my heart, I will keep a place for you
Whenever you feel I’m far away
Just think of all the times we’ve shared
I hope that it would ease the pain that’s in your heart

VERSE 2:
Everything I do, it’s all because of you
To protect you from the harm this war may bring
Please just wait for me; I will surely fulfill
The promise that was made since we were young

Please believe in me when I say
Have faith now and always
Nothing, no one can tear us apart

Repeat Chorus 1

CHORUS 2:
You may think that I am just leaving you behind
But this is what I must do so that you can live
Don’t let yourself turn to someone else
I’ll be back; I’ll keep my word
Find it within yourself the strength to carry on

No matter how much time
No matter how much pain
No matter what, my love, believe in us

INFO: Jom kita meriahkan page FACEBOOK NUR KASIH THE MOVIE


Assalamualaikum...

HI SEMUA!!!!

MDD baru jer singgah kat page facebook NUR KASIH THE MOVIE. So excited sangat bila dengar cerita yang NUR KASIH nak dijadikan filem. Baru-baru pihak produksi buat doa selamat untuk filem yang bakal menggegarkan panggung ni.

Page tersebut baru mencecah 1000 orang. Disebabkan itulah MDD nak menjemput semua peminat-peminat drama NUR KASIH ni, join the club. Kita meriahkan skit suasana dalam page NUR KASIH THE MOVIE. Selain itu juga ada ruangan kongsi pendapat mengenai filem ini. Lagi satu MDD tak sabar nak tau, adik Mia Sara @ Amani jadi anak siapa kan. Hope sangat filem ini tak mengecewakan



JOM JOIN PAGE---> NUR KASIH THE MOVIE


Thursday, June 24, 2010

MUZIK : EVEN BECOMING WINDS by HWANHEE(OST ROAD No.1)

HWANHEE aka FANY bekas ahli group FLY TO THE SKY

Assalamualaikum semua dan Hi!!

Seperti yang dijanjikan,aku nak kongsikan lagu yang aku katakan lagu yang syahdu dan menyentuh hati( walaupun aku belum paham lagi apa maksud lagu ni). Ini merupakan bahagian pertama untuk OST Road No.1.Tak sangka keluar yang pertama. Sebabnya, Lagu yang bertajuk EVEN BECOMING WINDS dinyanyikan oleh HWANHEE ini merupakan tema lagu untuk watak utama dalam drama Road No.1. Watak utama itu adalah Lee Jang Woo yang dilakonkan oleh So Ji Sub.

Credit to sonicksaran@youtube.com





Wednesday, June 23, 2010

DRAMA KOREA : YOU ARE BEAUTIFUL

Assalamualaikum dan HI!!! Jumpa lg

Post kali ni, aku nak bagi sinopsis serba sikit drama lakonan Jang Geun Suk. Aku baru separuh tengok cerita ni. Best!!Kelakar.


YOU ARE BEAUTIFUL
cam alam fantasi plak cover cd ni


Tae Kyung(Jang Geun Suk),merupakan ahli group A.N.JELL.Disebabkan ada masalah vocal,Tae Kyung terpaksa cari penyanyi baru, untuk jadi back-up dia. Hendak dijadikan cerita,ahli baru Mi Nam, buat plastik surgery, nak cantikkan matanya lagi.Entah dimana silapnya, matanya bengkak. Manager,Mi Nam, mempergunakan adik kembar Mi Nam (perempuan),Mi Nyu(Park Shin Hye)untuk menyamar sebagai abangnya. Pada asalnya, Mi Nyu tak mahu, sebab dia nak jadi nun(biarawati). Tapi terpaksa mengalah kerana tidak mahu peluang untuk abangnya popular disiakan begitu sahaja.Kehadiran Mi Nyu memang tidak disenangi oleh Tae Kyung).Banyak babak-babak kelakar waktu ni. Dalam pada masa yang sama juga, Mi Nyu masih mencari ibunya. Bagi Mi Nyu, jika dia popular mesti lagi mudah dia hendak mencari ibunya.

Episod: 16

Pelakon
Jang Geun suk sbg Hwang Tae Kyung
Park Shin Hye sbg Go Mi Nam(lelaki), Go Mi Nyu (perempuan)
Lee Hong Ki sbg Jeremy
Jung Yong Hwa sbg Kang Shin Woo




Lagu ni best.....what should I do...

credit to S830701@youtube



DRAMA KOREA: ROAD NO.1


Assalamualaikum semua!!


Ada drama bersiri korea terbaru yang akan ditayangkan hari ini. Drama ROAD NO.1 berkisar mengenai peperangan dan percintaan . Tapi bila ak tengok trailer drama ni, ada gak skit macam cerita Pearl Harbor. Mungkin versi korea kut. Budget untuk drama ini lebih kurang dalam agaran 10 billion won. Uish....banyak tue. Sanggup pengarah korea ni melabur sebegitu untuk hanya sebuah drama. Kalau dah banyak seperti itu, confirm drama ni mesti best. Tapi anda semua jangan plak malam ni pergi tekan channel tv8 plak. Drama ni kat network MBC. Siapa da Astro boleh kut.(tak silap aku la sbb aku bukan ada Astro pun..hehehe)

Apa yang menyebabkan aku nak tengok drama ni?Jawapannya, adalah disebabkan penyanyi yang aku minat menyanyi untuk OST drama ni. Hwanhee aka Fany menyanyikan untuk watak utama dalam drama ini. Disebabkan itulah, lagu "Even becoming wind" keluar dulu sebelum lagu-lagu yang lain. WAH!!!!...aku dah dengar lagu ni.Syahdu gitu, memang patut la berbillion won drama ni. Dengar lagu pun dah nak nangis. Nanti aku try upload OST ni. Tunggu k!!

SINOPSIS
Credit to Drama Wiki

Based on the events occurring around "Route 1", which lies between Seoul and Pyongyang. The story about Officer Lee Jang Woo who finds himself in a war that he is not prepared for in order to protect Soo Yeon, the woman he has known and loved since youth. However, he is able to put it past him and he displays extraordinary survival skills, friendship, cooperation and ideology under brutal war conditions. Soo Yeon awaits Jang Woo's return, but eventually gets engaged to Tae Ho. When Jang Woo returns alive, however, Tae Ho discovers Jang Woo and Soo Yeon's unbreakable bond and feels betrayed

Para pelakon

So Ji Sub sbg Lee Jang Woo
Kim Ha Neul sbg Kim Soo Yeon
Yoon Kye Sang sbg Shin Tae Ho
Choi Min Soo
Son Chang Min
Kim Jin Woo



Trailer Road No.1

credit to j97911677@youtube.com

DRAMA KOREA: WINTER SONATA VERSI ANIME


Assalamualaikum semua dan Hi!!!!

Pernah tak tengok drama WINTER SONATA. Mesti pernahkan, sebab cerita ni memang meletup la. Aku boleh kategorikan sebagai drama korea yang pertama yang tayang kat Malaysia. sebabnya bagi aku inilah drama korea yang pertama yang aku tengok. Demam drama jepun tak habis lagi time tue, ermmm...seingat aku drama Winter Sonata ni, ditayangkan dalam tahun 2002. Aku ingat lagi, aku ingat ni drama jepun. Tapi bila ditengok balik tulisan, cam agak pelik plak. Kaji punya kaji, rupanya ni drama korea. Apa lagi layan ar...sampai demam2 tengok.Dulukan penggunaan internet tak menyerlah sgt penggunaannya. Nak cari OST...mak aii!!...sakitnya ati......susah nak mampos...(nasib tak mampos lg). Aku sanggup kumpul duit , nak beli CD, Kaset(dah x guna dah) buat koleksi dan paling aku rasa bangga la dgn cerita ni...sampaikan cikgu aku beli 2 box drama ni. Buat backup katanya,kalau 1 box rosak, boleh tgk box 1 lagi. ishk..ishk sampai camtu sekali impak drama ni.

Akhirnya, aku dapat jugak beli CD drama WINTER SONATA. Dengan secara rasminya, drama ni jugak adalah koleksi CD korea pertama aku. cam drama ni jgak , First Time( lagu ya yu jin dan Joong Sang suka, time diorg main piano).

Tahu tak, Drama WINTER SONATA ni dah dijadikan anime. Dalam erti kata lain, dijadikan kartun.Hmmm...watak utama digunakan suara pelakon utama cerita ni iaitu Bae Yong Jun dan Choi ji Woo...mantap la.Anime ni start tayang Oktober tahun lepas, sekarang dah episode 19. Ada scene yang diorg tukar skit.Walau tak berapa feel sgt...tapi boleh lah.... sebak jugak...tengok saja kartun ni, dgn pantasnya aku tengok balik drama sebenrnya...hmmm...mmg menyentuh jiwa raga bakul ku. Nanti kalau senang2 tengok la Winter sonata anime ni...rekemen saya tuk anda semua!!!Khasnya buat Peminat2 drama bersiri WINTER SONATA.

Ni aku kongsi skit trailer WINTER SONATA ANIME
Credit to Mai4luv, tumbirs,blominsnow





DRAMA KOREA: FASHION 70S


Assalamualaikum semua dan Salam 1 Malaysia.

Nampaknya, agak lama aku tak update sinopsis pasal drama korea dan jepun. Pagi ni tiba-tiba aku teringat 1 drama, selepas aku mainkan lagu Gasuemapado by Hwanhee. Cerita ini mengenai fesyen di zaman 70-an. Sesiapa yang suka fesyen-fesyen ni, boleh la tgk drama ni. Drama ni penah ditayangkan di 8tv. Jalan cerita dimulakan dari zaman kecik hinggalah ke besar. Scene yg diambil pun memang ada mood 70s. Memamg terbaik la. Bila aku tengok drama ni, secara keseluruhnya byk pengajaran yang disampaikan. Contohnya macam hormat anak kepada ibu bapa, kasih sayang anak kepada ibu dan bapa, Sikap tidak mudah putus asa, Selalu ingin mencuba sesuatu yang baru dan banyak lagi la.Apa-apa pun jom layan sinopsisnya....


Sinopsis
Kisah drama ni dimulakan pada zama perang Korea. Ia mengisahkan mengenai 4 orang sahabat yang mempunyai kareter yang sendiri.Waktu zaman kanak-kanak, Joo hee berkawan dengan seorang budak perempuan yang bernama Kang Hee. Ibu Kang Hee, seorang yang tamak dan selalu menimbulkan kekecohan dan memberi masalah kepada Joo Hee dan Kang Hee. Pada masa yang sama Joo Hee juga berkawan dengan Dong young (anak kepada general askar) dan Jang Bin(anak kepada pereka fesyen yg terkenal).

Disebabkan masalah peperangan di South Korea, Kang Hee dan Joo Hee terpisah daripada keluarga mereka. Ibu Joo Hee mati disebabkan letupan bom. Ayah Joo Hee sangka yang anaknya mati dan mengambil Kang Hee sebagai anak angkat. Ayah Kang Hee juga, menukarkan nama Kang Hee sebagai Joo Hee.

Ibu Kang Hee terjumpa Joo Hee dipusat anak-anak yatim, dan disebabkan trauma Joo Hee tidak kenal sapa dirinya yang sebenar. Ibu Kang Hee membawa Joo Hee disebuah Pulau dan menetap disitu. Sebenarnya, ibu Kang Hee, lebih rela tinggalkan anaknya dibawah penjagaan ayah Joo Hee. Ini disebabkan, ibu Kang Hee tidak mahu lagi anaknya hidup di dalam kesusahan.
Di pulau,dimana Joo Hee dibesarkan dalam keadaan yang serba kemiskinan. Untuk mengelakkan Joo Hee dari ingat siapa dirinya, ibu Kang Hee menukarkan nama Joo Hee kepada Duh Mi.

Tahun demi tahun, hari demi hari, Duh Mi sudah meningkat dewasa.Minatnya terhadap dunia fesyen masih tidak lekang lagi. Dia bercita-cita tinggi untuk menjadi pereka fesyen terkenal. Tetapi cita-citanya dihalang oleh ibu Kang Hee. Ibu Kang Hee risau jika Duh Mi balik semula ke seoul, ingatnya akan pulih dan tembelangnya akan pecah. Semangat Duh Mi tidak pernah pudar dan Duh Mi menghantar borang untuk belajar disebuah akademi fesyen iaitu tempat dimana kawan lama iaitu Jang Bin.

Dong Young pula terjumpa dengan Duh Mi di Pulau itu. Tetapi Dong Young tidak tahu yang itu adalah Joo Hee yang dia cari selama ini. Dong Young yang membawa Duh Mi ke Seoul untuk memenuhi segala hajatnya dan pada masa yang sama Dong Young dan Duh Mi saling cinta dan mencintai. Di akademi, Kang Hee juga belajar disitu. Kang Hee juga tidak tahu yang Duh Mi adalah kawan karibnya sewaktu zaman kanak-kanak. Mereka bersaing untuk menjadi pereka fesyen yang terkenal. Disinilah bermulanya kisah 4 orang sahabat yang masing-masing mempunya tujuan hidup yang inign mereka kecapi. Percintaan, tragis, dan menyayat hati. Adakah Duh Mi akan ingat semula siapa dirinya yang sebenarnya?Bagaimana pula percintaan antara mereka berempat? Banyak persoalan yang akan dirungkaikan.


Pelakon
Lee Yo Woen sbg Han Duh Mi (Ko Joo Hee)
Kim Min Jung sbg Ko Joo Hee (Kang Hee)
Joo Jin Mo sbg Kim Dong Young
Chun Jung Myung sbg Jang Bin


OST FASHION 70s by Hwanhee & Brian (FLY TO THE SKY)

CREDIT to KALIXCFB

INFO:Adik Mia Sara @ Amani berlakon dalam NUR KASIH THE MOVIE

Tiz Zaqyah & Remy Ishak akan muncul dalam Nur Kasih The Movie bersama Adik Mia Sara kita yang cute miut tue..

Assalamualaikum semua!!!!



HI.....HAH!.......mai sini..ada cerita bagus punya!!! Tadi aku saja la menjelajah masuk ke page Facebook adik Mia sara @ amani. Rezeki budak ni memang melimpah ruah sejak dia berlakon dalam drama bersiri Adamaya. Banyak tawaran berlakon untuk adik Mia kita ni. Dalam page Kami peminat adik mia sara @ amani tue , aku terbaca yang Adik Mia akan berlakon dalam sebuah drama bersiri yang diminati ramai NUR KASIH yang akan dijadikan Movie. Nur Kasih The Movie masih dalam peringkat shooting dan bakal ditayangkan pada hujung tahun ini di pawagam berhampiran anda.

Hmmm...nampaknya si Adik Mia kita ni jadi anak siapalah kan? ADAM dan NUR AMINA ataupun AIDIL dan ALIYAH. Sama-sama la kita tunggu k. Bertambah MELETUP!!KABOOM la Nur Kasih ni. Gerenti penuh pawagam ni.( RAMALAN AKU JER NI). SAH!!!...kali ni, memang aku target nak jadi orang pertama yang menempah tiket.



JOM RAMAI2 kita sokong industri perfilemen kita!!!!! GO!GO!GO NUR KASIH THE MOVIE

DRAMA KOREA : PERSONAL TASTE


Assalamualaikum dan HI!!!!

Minat Lee Min Ho???. Okey!,kali ni aku nak berkongsi drama terbaru lakonan Lee Min Ho. Selepas drama BOY OVER FLOWERS, Lee Min Ho muncul dengan drama terbarunya iaitu Personal Taste. Drama ni baru saja ditayangkan pada 31/3/2010 dan sekarang tak silap aku dah tamat dah episodnya. Kepada sesiapa yang minat kat Lee Min Ho ni, jom la tengok cerita ni.Kat bawah ni seperti biasa aku bagi sedikit sinopsis.

SINOPSIS : PERSONAL TASTE

credit to DramaWiki

Jeon Jin Ho is a straight guy who pretends to be gay in order to become a roommate to his female friend, Park Kae In. His hobbies include organization and ironing, and he’s known for his stoic poker face. He’s a stickler for cleanliness, but he also has a talent for figuring out a women’s feelings. Kae In is very trusting even though she has a habit of being betrayed. However that doesn't stop her from giving people the benefit of doubt and Jin Ho is no different. How will Kae In react when she finds out that her gay roommate is not actually gay at all and that he has fallen for her? --Source: Javabeans

Pelakon:

Son Ye Jin sbg Park Kae In

Lee Min Ho sbg Jeon Jin Ho

Kim Ji Suk sbg Han Chang Ryul

Wang Ji Hye sbg Kim In Hee

Episode : 16

Genre : komedi romantik

Aku suka dengar lagu ni Making love-4minutes


credit to nguymnet1410@youtube

DRAMA JEPUN: 4 SHIMAI TANTEI DAN



Assalamualaikum dan HI!!!!!

Drama Jepun yang aku nak kongsi kali ni,adalah mengenai penyiasatan. Drama 4 Shimai Tantei Dan mempunyai 9 episod . Drama ini diadaptasikan dari sebuah novel misteri yang ditulis oleh Jiro Akagawa. Dilakonkan oleh :-


Kaho sbg Sasamoto Yuriko (bongsu)
Nakagoshi Noriko sbg Sasamoto Mari (sulung dan bekerja sebgai peramugari)
Kato Natsuki sbg Sasamoto Ayako (kakak no.2 yang agak blur)
Ichikawa Yui sbg Sasamoto Tamami (no.3 sangat suka akan duit)
Muroi Shigeru sbg Miyamoto kazuyo (mak cik kepada 4 beradik Sasamoto)
Namase Katsuhisa sbg Jonouchi Hideaki ( boyfriend Miyamoto yang sangat teruja dngan DSLR)

Cerita dimulakan apabila rumah keluarga Sasamoto terbakar dan polis menjumpai mayat seorang wanita yang hamil. Waktu itu Sasamoto iaitu ayah kepada Yuriko,Mari, Ayako dan Tamami keluar negara untuk menjalani kajiannya. Pihak polis syak yang ayah mereka terlibat dalam pembunuhan itu . Yuriko tidak mempercayai yang ayahnya seorang pembunuh dan berbincang dengan kakak-kakaknya untuk menjalani siasatan mencari siapa dalangnya. Pada mulanya mendapat tentangan hebat dari kakaknya. Sementara itu, mereka berempat menumpang dirumah Cikgu yang juga seorang pelukis( cikgu kepada Ayako). Rupa-rupanya, mereka tinggal dirumah seorang pembunuh dan pembunuhnya akhirnya ditangkap. Semenjak dari hari itu, apabila ayah mereka keluar menjalani kajian, pelbagai tragedi terjadi. Sehinggakan 4 beradik ini menubuhkan pasukan siasatan persendirian. Setiap episod ada pembunuhan berlaku dan akhirnya dapat diselesaikan dan dirungkaikan oleh 4 beradik ini.


Untuk cerita ini, aku bagi 5 bintang!!

Tuesday, June 22, 2010

DRAMA KOREA : BEETHOVEN VIRUS



Assalamualaikum dan Hi semua....

Apa khabar? seharusnya khabar baik la kan. Hope semua sentiasa sihat dalam menjalani kehidupan seharian.Ok.Kali ni aku nak berkongsi sebuah lagi drama korea ,yang pada jangkaan aku menarik jugalah. Aku penah membaca satu artikel mengenai seorang pengarah drama.Tapi aku tak ingatlah pengarah tue. Dalam artikel tersebut , beliau mengatakan sebuah drama atau filem yang berjaya adalah apabila para pelakon dapat menghayati watak masing-masing. Tidak kira watak utama atau watak sampingan. Seperti dalam drama BEETHOVEN VIRUS ni, barisan pelakon dalam cerita ini menghayati watak dan peranan mereka masing-masing.

Drama ni mengisahkan sebuah kumpulan pemain muzik. Walaupun mereka ni(pelakon)bukanlah pemain muzik yg sebenar. Tetapi cara mereka mengendalikan alatan muzik itu sendiri, seolah-olah mereka memang adalah seorang yang berprofessional. Bagi aku, drama ini berjaya menarik minat aku untuk menontonya. Kalau kita nak buat cerita pasal muzik, buat pasal muzik betul-betul, kalau nak buat mengenai seorang tukang masak, jadikan cerita itu berkisar mengenai memasak, kalau pasal polis, cerita la pasal polis dan sebagainya. baru la penonton seronok nak tengok. Dalam pada masa yang sama diselit jugak unsur2 pengajaran. Banyak pula aku berceloteh. Tapi apa yang ingin aku sampaikan adalah pendapat aku sendiri. Masing-masing ada pendapatnya tesendiri. So, apa-apa jua drama dan filem perlu ada daya tarikan tersendiri, supaya apa yang kita lihat memberi kesan dan ingat sepanjang masa.

Dibawah ni aku bagi serba sedikit sinopsis BEETHOVEN VIRUS

Source: DramaWiki

Kang Gun Woo is a world renowned orchestra maestro who is a perfectionist in his work. He is not an easy person to work with and is fear by all his players. By chance, he comes across Du Ru Mi, a violinist, and a young cop who has the same name as his and discovers that even without formal training, the young Kang is a music genius. The three soon get tangled in a love triangle.

Drama ini dibarisi oleh para pelakon seperti KIM MYUNG MIN, LEE JIN AH, JANG GEUN SUK dan ramai lagi .

OST BEETHOVEN VIRUS

NAESARAM by HWANHEE

Credit to JKseels

sapa2 yang minat dengan JANG GEUN SUK.....bolelah tgk dia main trumpet...hihihhi...cute...

memang menjadi la watak2 dalam cerita ni.Ada jugak sebuah lagu yg dinyanyikan oleh JANG GEUN SUK "Can you hear me"

Kalau nak tau lebih lanjut lagi..lawat la kat link ni---->hurulaini.net

DRAMA MELAYU: NUR KASIH THE MOVIE


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..........

Hi ....kita jumpa lagi! Kali ni , kita sembang-sembang pasal drama /movie melayu plak. Yelah, asyik drama korea saja. Apa kata kita bercerita pasal drama melayu . Bagi aku drama atau filem kat Malaysia sekarang nampak ada peningkatannya. Dalam banyak filem dan drama yang aku tengok. Aku suka sangat drama yang berjaya menarik perhatian aku dan membuatkan aku tidak sabar nak tengok setiap minggu. Ya! Drama Nur Kasih lakonan Fizz Fairuz, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Bagi aku inilah drama yang paling terbaik yang penah aku tengok. Tahniah kepada crew Nur Kasih!.

Apa keunikanya drama ini? Ni dari sudut pandangan aku.

1. Drama ini, tidak terlalu berat. Santai. Selalunya drama penuh dengan bisnes,saham,holding la. yg kadang2 aku x paham langsung.

2. Setiap drama mesti da nasihat dan pengajaran yg ingin dsampaikan. Aku suka sgt babak time Adam dan aidil waktu kecik2. Sewaktu aidil nasihat dekat adam sbb adam malas mengaji al-quran.

3. Lagu yang best! sampai sekarang aku jadikan lagu Nur Kasih sebagai ringtone.

4. Scene kehidupan dan suasana kampung . Skrip plak mantap!.


Apa pula pendapat anda semua? Setelah berakhirnya drama ni, aku masih lagi tertunggu2 drama yang bleh wat aku rasa WOW!. Tahu tak, yang drama Nur Kasih ni, akan dijadikan filem pula. Ini merupakan 1 berita baik tuk ak dan tak lupa juga buat para peminat Nur Kasih. Ini memang betul!!. Akan mula pengambaran pada awal bulan Jun ni dan akan ditayangkan pada hujung tahun ni jugak.


Kalau tak percaya cuba layari blog fizz fairuz ni ------> FIZZ FAIRUZ DI MAJLIS NUR KASIH


Tak sabar aku rasa...semestinya aku akan jd org pertama yg beli tiket wayang...hihihihi




Monday, June 21, 2010

DRAMA MELAYU : JANJI KEKASIH (TV3)


Assalamualaikum semua!!

Hi semua!. Seperti yang sedia maklum, drama bersiri Aliff Firdaus telah pun berakhir episodnya.Dengan ini Slot Zehra di TV3 akan menyajikan drama bersiri terbaru yang bakal ditayangkan pada 11 Jun 2010, pada pukul 9.00 malam , setiap hari Jummat. Drama bersiri terbaru 13 episod "JANJI KEKASIH" yang diarahkan olen Pengarah yang tidak asing lagi iaitu Feroz Kadir.Ala pengarah drama Adamaya.Drama JANJI KEKASIH dilakonkan oleh:

Jue Aziz sbg Karina

Ayu Raudhah sbg Aliyah

Fezrul Khan sbg Shah

Dato Jalaluddin Hassan sbg Haji Safuan

Erma Fatima sbg Hajah Hashimah

Ery Putra

Almy Nadia

Mustafa Kamal

Iqram Dinzly dan ramai lagi.

SINOPSIS

Drama ini berkisar tentang perbezaan ketara kehidupan dua keluarga yang lebih selesa merujuk kepada ajaran Islam dan tata susila ketimuran sebagai landasan berbanding dengan keseronokkan menghabiskan sisa-sisa hidup di dunia setelah hanyut dalam kemungkaran akidah dan akibatnya, kehancuran rumahtangga.

Janji Kekasih menampilkan Karina, gadis muda lincah yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan ditatang penuh manja oleh ibunya, Marina. Apa sahaja kemahuan dan permintaan Karina, Marina akan akur. Wang ringgit bukan satu masalah kerana Marina adalah seorang pemilik butik yang berjaya dan dengan cara inilah dia dapat memastikan bahawa satu-satunya anak kesayangannya tidak ada hubungan kait dengan bapa kandungnya, Hashim.

Bosan dengan kerenah ibubapanya yang berlumba-lumba untuk memenangi hatinya, Karina mendaftar masuk ke IPT. Namun usahanya tidak mendatangkan hasil kerana sikapnya yang malas belajar dan lebih suka menghabiskan masa berseronok dan menghabiskan wang ibubapanya bersama dengan Zarul, teman lelakinya.

Kawan sebilik asrama Karina, Aliyah sering menasihati Karina untuk berubah sikap menjadi lebih bertanggungjawab dan serius dalam pelajaran. Tetapi Karina membentak dan mengatakan hanya dengan cara inilah dia bebas dari dikongkong sesiapa dan dapat melupakan masalah yang dihadapinya. Malah, Karina tergamak mengupah Aliyah untuk membuat tugasan kuliahnya walaupun tahu dilema yang dihadapi Aliyah kerana kesempitan wang.

Jiwa yang sunyi dan sentiasa gelisah ditambah rutin sosial yang sama saban hari menyedarkan Karina betapa kosongnya nilai kehidupan yang dijalani. Ketika hatinya mula terdetik memikirkan kesalahan dan dosa-dosa silam, muncul Syah, seorang pemuda yang dibesarkan dalam suasana keislaman semenjak kecil. Keluarga Syah memang menjadikan Islam sebagai landasan dan pegangan hidup mereka sekeluarga. Begitupun tidak semua anak-anak Hj Safuan menerima didikan agama yang diberikannya. Terutama Syafiqah, anak keduanya yang belajar di luar Negara. Syafiqah memakai tudung kerana takut dimarahi Haji Safuan. Ketika di luar Negara, Syafiqah menjalani kehidupan bebas dan terikut-ikut cara hidup barat.

Hati Karina berdebar-debar ketika pertama kali mendengar lagu nasyid yang didendangkan Syah sewaktu latihan untuk persembahan malam kesenian Islam, di mana Aliyah dan Sumayah adalah ahli jawatankuasanya. Mesej ketuhanan yang disampaikan Shah, benar-benar mententeramkan jiwanya dan mendorong dirinya untuk mencari jawapan kepada pergolakkan jiwa yang tidak lagi dapat dibendung. Kata Aliyah, mimpi-mimpi ngeri dan rasa takut Karina adalah amaran kepadanya untuk bertaubat.

Perkenalannya dengan Syah, semakin mendekatkan jiwanya untuk menghayati Islam. Walaupun tidak menukar penampilannnya yang rugged, Karina sudah berupaya untuk mengawal pergerakan sosial seperti menghentikan kunjungan ke disko atau kelab malam dan menghindari rokok, arak dan lumba motorsikal haram. Malah, duit yang diterima juga selalu didermakan untuk kebajikan dan mereka yang memerlukan.

Namun, tidak semua menyenangi perubahan positif diri Karina. Aliyah yang selama ini ada hati dengan Syah terpaksa mengundurkan diri dan redha apabila Syah memilih Karina. Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrim melanggar Syah hingga dia cedera parah.

Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati. Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.

Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah?

Sumber : Budiey.com & TV3

Harap drama ini, tidak akan menghampakan peminat-peminat drama melayu.Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini! Mungkin hari Jumaat anda bakal diisi dengan drama yang penuh dengan iktibar dan pengajaran. Pastikan drama ini juga mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton sepertimana Drama bersiri Nur Kasih. SELAMAT MENONTON!!!

Nie lagu tema JANJI KEKASIH

Padamu ku bersujud (Afghan)

PENGENALAN : MUZIK & DRAMA


Assalamualaikum semua!

Atas permintaan ramai, dengan ini aku khaskan satu blog untuk info muzik dan drama dari Malaysia, Indonesia, Japan dan Korea. Sebelum ini, blog ONE FINE DAY banyak telah aku post mengenai drama, muzik terbaru dan yang popular. Disebabkan blog tersebut dah macam rojak.Lebih baik aku selaraskan untuk memudahkan para peminat muzik dan drama membaca. Mungkin anda akan terbaca post yang sama. Jangan risau, selepas dari ini, banyak lagi muzik dan drama yang aku akan kongsikan kepada anda


SELAMAT DATANG KE BLOG BARU MUZIK DAN DRAMA
Related Posts with Thumbnails