sponsor

READ , RATE and GET MONEY

Wednesday, June 23, 2010

DRAMA JEPUN: 4 SHIMAI TANTEI DAN



Assalamualaikum dan HI!!!!!

Drama Jepun yang aku nak kongsi kali ni,adalah mengenai penyiasatan. Drama 4 Shimai Tantei Dan mempunyai 9 episod . Drama ini diadaptasikan dari sebuah novel misteri yang ditulis oleh Jiro Akagawa. Dilakonkan oleh :-


Kaho sbg Sasamoto Yuriko (bongsu)
Nakagoshi Noriko sbg Sasamoto Mari (sulung dan bekerja sebgai peramugari)
Kato Natsuki sbg Sasamoto Ayako (kakak no.2 yang agak blur)
Ichikawa Yui sbg Sasamoto Tamami (no.3 sangat suka akan duit)
Muroi Shigeru sbg Miyamoto kazuyo (mak cik kepada 4 beradik Sasamoto)
Namase Katsuhisa sbg Jonouchi Hideaki ( boyfriend Miyamoto yang sangat teruja dngan DSLR)

Cerita dimulakan apabila rumah keluarga Sasamoto terbakar dan polis menjumpai mayat seorang wanita yang hamil. Waktu itu Sasamoto iaitu ayah kepada Yuriko,Mari, Ayako dan Tamami keluar negara untuk menjalani kajiannya. Pihak polis syak yang ayah mereka terlibat dalam pembunuhan itu . Yuriko tidak mempercayai yang ayahnya seorang pembunuh dan berbincang dengan kakak-kakaknya untuk menjalani siasatan mencari siapa dalangnya. Pada mulanya mendapat tentangan hebat dari kakaknya. Sementara itu, mereka berempat menumpang dirumah Cikgu yang juga seorang pelukis( cikgu kepada Ayako). Rupa-rupanya, mereka tinggal dirumah seorang pembunuh dan pembunuhnya akhirnya ditangkap. Semenjak dari hari itu, apabila ayah mereka keluar menjalani kajian, pelbagai tragedi terjadi. Sehinggakan 4 beradik ini menubuhkan pasukan siasatan persendirian. Setiap episod ada pembunuhan berlaku dan akhirnya dapat diselesaikan dan dirungkaikan oleh 4 beradik ini.


Untuk cerita ini, aku bagi 5 bintang!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails