sponsor

READ , RATE and GET MONEY

Showing posts with label sinopsis. Show all posts
Showing posts with label sinopsis. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

DRAMA KOREA : BEETHOVEN VIRUS



Assalamualaikum dan Hi semua....

Apa khabar? seharusnya khabar baik la kan. Hope semua sentiasa sihat dalam menjalani kehidupan seharian.Ok.Kali ni aku nak berkongsi sebuah lagi drama korea ,yang pada jangkaan aku menarik jugalah. Aku penah membaca satu artikel mengenai seorang pengarah drama.Tapi aku tak ingatlah pengarah tue. Dalam artikel tersebut , beliau mengatakan sebuah drama atau filem yang berjaya adalah apabila para pelakon dapat menghayati watak masing-masing. Tidak kira watak utama atau watak sampingan. Seperti dalam drama BEETHOVEN VIRUS ni, barisan pelakon dalam cerita ini menghayati watak dan peranan mereka masing-masing.

Drama ni mengisahkan sebuah kumpulan pemain muzik. Walaupun mereka ni(pelakon)bukanlah pemain muzik yg sebenar. Tetapi cara mereka mengendalikan alatan muzik itu sendiri, seolah-olah mereka memang adalah seorang yang berprofessional. Bagi aku, drama ini berjaya menarik minat aku untuk menontonya. Kalau kita nak buat cerita pasal muzik, buat pasal muzik betul-betul, kalau nak buat mengenai seorang tukang masak, jadikan cerita itu berkisar mengenai memasak, kalau pasal polis, cerita la pasal polis dan sebagainya. baru la penonton seronok nak tengok. Dalam pada masa yang sama diselit jugak unsur2 pengajaran. Banyak pula aku berceloteh. Tapi apa yang ingin aku sampaikan adalah pendapat aku sendiri. Masing-masing ada pendapatnya tesendiri. So, apa-apa jua drama dan filem perlu ada daya tarikan tersendiri, supaya apa yang kita lihat memberi kesan dan ingat sepanjang masa.

Dibawah ni aku bagi serba sedikit sinopsis BEETHOVEN VIRUS

Source: DramaWiki

Kang Gun Woo is a world renowned orchestra maestro who is a perfectionist in his work. He is not an easy person to work with and is fear by all his players. By chance, he comes across Du Ru Mi, a violinist, and a young cop who has the same name as his and discovers that even without formal training, the young Kang is a music genius. The three soon get tangled in a love triangle.

Drama ini dibarisi oleh para pelakon seperti KIM MYUNG MIN, LEE JIN AH, JANG GEUN SUK dan ramai lagi .

OST BEETHOVEN VIRUS

NAESARAM by HWANHEE

Credit to JKseels

sapa2 yang minat dengan JANG GEUN SUK.....bolelah tgk dia main trumpet...hihihhi...cute...

memang menjadi la watak2 dalam cerita ni.Ada jugak sebuah lagu yg dinyanyikan oleh JANG GEUN SUK "Can you hear me"

Kalau nak tau lebih lanjut lagi..lawat la kat link ni---->hurulaini.net

DRAMA MELAYU: NUR KASIH THE MOVIE


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..........

Hi ....kita jumpa lagi! Kali ni , kita sembang-sembang pasal drama /movie melayu plak. Yelah, asyik drama korea saja. Apa kata kita bercerita pasal drama melayu . Bagi aku drama atau filem kat Malaysia sekarang nampak ada peningkatannya. Dalam banyak filem dan drama yang aku tengok. Aku suka sangat drama yang berjaya menarik perhatian aku dan membuatkan aku tidak sabar nak tengok setiap minggu. Ya! Drama Nur Kasih lakonan Fizz Fairuz, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Bagi aku inilah drama yang paling terbaik yang penah aku tengok. Tahniah kepada crew Nur Kasih!.

Apa keunikanya drama ini? Ni dari sudut pandangan aku.

1. Drama ini, tidak terlalu berat. Santai. Selalunya drama penuh dengan bisnes,saham,holding la. yg kadang2 aku x paham langsung.

2. Setiap drama mesti da nasihat dan pengajaran yg ingin dsampaikan. Aku suka sgt babak time Adam dan aidil waktu kecik2. Sewaktu aidil nasihat dekat adam sbb adam malas mengaji al-quran.

3. Lagu yang best! sampai sekarang aku jadikan lagu Nur Kasih sebagai ringtone.

4. Scene kehidupan dan suasana kampung . Skrip plak mantap!.


Apa pula pendapat anda semua? Setelah berakhirnya drama ni, aku masih lagi tertunggu2 drama yang bleh wat aku rasa WOW!. Tahu tak, yang drama Nur Kasih ni, akan dijadikan filem pula. Ini merupakan 1 berita baik tuk ak dan tak lupa juga buat para peminat Nur Kasih. Ini memang betul!!. Akan mula pengambaran pada awal bulan Jun ni dan akan ditayangkan pada hujung tahun ni jugak.


Kalau tak percaya cuba layari blog fizz fairuz ni ------> FIZZ FAIRUZ DI MAJLIS NUR KASIH


Tak sabar aku rasa...semestinya aku akan jd org pertama yg beli tiket wayang...hihihihi




Monday, June 21, 2010

DRAMA MELAYU : JANJI KEKASIH (TV3)


Assalamualaikum semua!!

Hi semua!. Seperti yang sedia maklum, drama bersiri Aliff Firdaus telah pun berakhir episodnya.Dengan ini Slot Zehra di TV3 akan menyajikan drama bersiri terbaru yang bakal ditayangkan pada 11 Jun 2010, pada pukul 9.00 malam , setiap hari Jummat. Drama bersiri terbaru 13 episod "JANJI KEKASIH" yang diarahkan olen Pengarah yang tidak asing lagi iaitu Feroz Kadir.Ala pengarah drama Adamaya.Drama JANJI KEKASIH dilakonkan oleh:

Jue Aziz sbg Karina

Ayu Raudhah sbg Aliyah

Fezrul Khan sbg Shah

Dato Jalaluddin Hassan sbg Haji Safuan

Erma Fatima sbg Hajah Hashimah

Ery Putra

Almy Nadia

Mustafa Kamal

Iqram Dinzly dan ramai lagi.

SINOPSIS

Drama ini berkisar tentang perbezaan ketara kehidupan dua keluarga yang lebih selesa merujuk kepada ajaran Islam dan tata susila ketimuran sebagai landasan berbanding dengan keseronokkan menghabiskan sisa-sisa hidup di dunia setelah hanyut dalam kemungkaran akidah dan akibatnya, kehancuran rumahtangga.

Janji Kekasih menampilkan Karina, gadis muda lincah yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan ditatang penuh manja oleh ibunya, Marina. Apa sahaja kemahuan dan permintaan Karina, Marina akan akur. Wang ringgit bukan satu masalah kerana Marina adalah seorang pemilik butik yang berjaya dan dengan cara inilah dia dapat memastikan bahawa satu-satunya anak kesayangannya tidak ada hubungan kait dengan bapa kandungnya, Hashim.

Bosan dengan kerenah ibubapanya yang berlumba-lumba untuk memenangi hatinya, Karina mendaftar masuk ke IPT. Namun usahanya tidak mendatangkan hasil kerana sikapnya yang malas belajar dan lebih suka menghabiskan masa berseronok dan menghabiskan wang ibubapanya bersama dengan Zarul, teman lelakinya.

Kawan sebilik asrama Karina, Aliyah sering menasihati Karina untuk berubah sikap menjadi lebih bertanggungjawab dan serius dalam pelajaran. Tetapi Karina membentak dan mengatakan hanya dengan cara inilah dia bebas dari dikongkong sesiapa dan dapat melupakan masalah yang dihadapinya. Malah, Karina tergamak mengupah Aliyah untuk membuat tugasan kuliahnya walaupun tahu dilema yang dihadapi Aliyah kerana kesempitan wang.

Jiwa yang sunyi dan sentiasa gelisah ditambah rutin sosial yang sama saban hari menyedarkan Karina betapa kosongnya nilai kehidupan yang dijalani. Ketika hatinya mula terdetik memikirkan kesalahan dan dosa-dosa silam, muncul Syah, seorang pemuda yang dibesarkan dalam suasana keislaman semenjak kecil. Keluarga Syah memang menjadikan Islam sebagai landasan dan pegangan hidup mereka sekeluarga. Begitupun tidak semua anak-anak Hj Safuan menerima didikan agama yang diberikannya. Terutama Syafiqah, anak keduanya yang belajar di luar Negara. Syafiqah memakai tudung kerana takut dimarahi Haji Safuan. Ketika di luar Negara, Syafiqah menjalani kehidupan bebas dan terikut-ikut cara hidup barat.

Hati Karina berdebar-debar ketika pertama kali mendengar lagu nasyid yang didendangkan Syah sewaktu latihan untuk persembahan malam kesenian Islam, di mana Aliyah dan Sumayah adalah ahli jawatankuasanya. Mesej ketuhanan yang disampaikan Shah, benar-benar mententeramkan jiwanya dan mendorong dirinya untuk mencari jawapan kepada pergolakkan jiwa yang tidak lagi dapat dibendung. Kata Aliyah, mimpi-mimpi ngeri dan rasa takut Karina adalah amaran kepadanya untuk bertaubat.

Perkenalannya dengan Syah, semakin mendekatkan jiwanya untuk menghayati Islam. Walaupun tidak menukar penampilannnya yang rugged, Karina sudah berupaya untuk mengawal pergerakan sosial seperti menghentikan kunjungan ke disko atau kelab malam dan menghindari rokok, arak dan lumba motorsikal haram. Malah, duit yang diterima juga selalu didermakan untuk kebajikan dan mereka yang memerlukan.

Namun, tidak semua menyenangi perubahan positif diri Karina. Aliyah yang selama ini ada hati dengan Syah terpaksa mengundurkan diri dan redha apabila Syah memilih Karina. Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrim melanggar Syah hingga dia cedera parah.

Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati. Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.

Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah?

Sumber : Budiey.com & TV3

Harap drama ini, tidak akan menghampakan peminat-peminat drama melayu.Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini! Mungkin hari Jumaat anda bakal diisi dengan drama yang penuh dengan iktibar dan pengajaran. Pastikan drama ini juga mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton sepertimana Drama bersiri Nur Kasih. SELAMAT MENONTON!!!

Nie lagu tema JANJI KEKASIH

Padamu ku bersujud (Afghan)

Related Posts with Thumbnails