sponsor

READ , RATE and GET MONEY

Wednesday, July 7, 2010

INFO: BRIAN JOO di 8TV LIVE CHAT (1st Malaysia Fan Meeting)


Assalamualaikum semua dan HI,!!!!!

Ni diambil dari sumber ONE FINE DAY

"YAHOOOOO….terubat jugak hati nad kimchi. Sebab ape ek?Hah! nak tau sebab apa? Nad kimchi mula-mula dah putus harapan sebab tak dapat pergi 1st FAN MEETING BRIAN JOO. TERIMA KASIH banyak-banyak la buat 8TV NITE LIVE. BRIAN JOO akan live chat bersama peminatnya pada hari SABTU,10hb. Ingatkan dah tak leh tengok BRIAN JOO secara live. Dapat jugak,even walaupun di kaca televisyen saja.

Untuk live chat bersama BRIAN JOO pada hari Sabtu ini di 8TV Nite Live dengan
SMS 8CHAT <>mesej anda dan hantar ke 33399

KHAS untuk para peminat BRIAN JOO yang tidak dapat hadir ke FAN MEETING di SUNWAY PIRAMID . Tapi yang dah pergi pun memang digalakkan untuk join bersama.Kita memeriahkan lagi suasana di 8TV Nite Live.

Siapa BRIAN JOO ni?
Brian Joo merupakan penyanyi korea dan juga bekas ahli kumpulan FLY TO THE SKY. Kumpulan ini telah dibubarkan pada tahun 2009. Album solo pertama beliau THE BRIAN keluar pada tahun 2006 dan album kedua pada tahun 2009 Manifold. Brian dilahirkan pada 10 Januari 1981 di Los Angeles,Carlifornia. Disebabkan itulah brian Joo ni fasih berbahasa English. Brian Joo akan bertemu peminatnya buat pertama kalinya di Malaysia pada 10 JULAI ini di Sunway Piramid jam 3 petang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari


Ni MDD nak kongsi skit MV BRIAN JOO

MY GIRL
Credit to koreanpride2@yoputube.com





INSIDE MY HEAD
credit to AznSamManMV@youtube




Sunday, July 4, 2010

INFO:TAHNIAH MOHD!!!! JUARA MENTOR 4


Assalamualaikum semua!!!

Dikesempatan ini, MDD nak ucapakn TAHNIAH buat MOHD kerana berjaya menjadi JUARA dalam MENTOR MUSIM ke-4 ni. Persaingan begitu sengit td. Tetapi inilah dikatakan rezeki. Masuk lambat pun, walaupun jadi peserta yang dipilih tidak lebih dari 48jam. Apa-apa pun, lepas ni MOHD kena bekerja lebih kuat dan mencari identiti beliau.

Ermmm..single terbaru MOHD tue syahdu pulak MDD dengar..huhuhuhu.......

Buat ADI dan NANI tahniah jugak......Ada bertiga semua memang the BEST!!!

JUARA - MOHD
KEDUA - ADI
KETIGA- NANI.

Thursday, July 1, 2010

DRAMA MELAYU : SINOPSIS LAILA ASYIKIN (TV3)


Assalamualaikum dan HI!!!

Seperti yang MDD janjikan. MDD sertakan sinopsis drama dari Slot Samarinda (Tv3)yang terbaru. Drama ini mempunyai 16 episod yang diarahkan oleh Heykal Hanafiah. Jangan lupa saksikan slot drama ini setiap hari selasa~ khamis jam 10.30 malam. Bermula 1 Julai 2010
Para pelakon

Nur Fathia sbg Laila Asyikin
Fahrin Ahmad sbg Remy
Irfan Roslan sbg Mikhail
Diana Amir sbg Sarah
Hamidah Wahab
Fadhil Dani
Hisham Ahmad Tajudin
Zain Ruffedge
Nurzul Suphian
Adeline Anthony Tsen dan ramai lagi.

SINOPSIS SUMBER: mstar

Laila Asyikin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak bekerja setelah berkahwin dengan Mikhail lakonan Irfan Roslan.

Namun dia tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin iaitu United Holding Berhad. Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat atas wasiat arwah.

Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, United Holdings telah berkembang maju di bawah pentadbirannya.

Perkahwinan Laila Asyikin dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila Asyikin dan anak-anak tergugat serta berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut yang telah membongkarkan rahsia Mikhail. Sarah telah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.

Tanpa pengetahuan Laila Asyikin, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin dan mereka juga mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia tiga bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila Asyikin telah mengambil tindakan segera.

Dia telah mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah. Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail iaitu Remy (Fahrin Ahmad).

Kebijaksanaan dan ketabahan Laila Asyikin telah menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.

Selepas Mikhail sedar daripada koma, adakah dia akan dimaafkan oleh Laila Asyikin? Berjayakah Laila Asyikin merungkai kemelut dalam rumahtangga dan juga syarikatnya? Adakah hubungan Remy dan Laila Asyikin akan bertukar menjadi intim?


Ni promo untuk drama LAILA ASYIKIN
credit to promo2tv@youtube.com


OST-SAMPAI SYURGA(FAIZAL TAHIR)
Credit to arbesqos@youtube.com



Related Posts with Thumbnails