sponsor

READ , RATE and GET MONEY

Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

DRAMA KOREA : PERSONAL TASTE


Assalamualaikum dan HI!!!!

Minat Lee Min Ho???. Okey!,kali ni aku nak berkongsi drama terbaru lakonan Lee Min Ho. Selepas drama BOY OVER FLOWERS, Lee Min Ho muncul dengan drama terbarunya iaitu Personal Taste. Drama ni baru saja ditayangkan pada 31/3/2010 dan sekarang tak silap aku dah tamat dah episodnya. Kepada sesiapa yang minat kat Lee Min Ho ni, jom la tengok cerita ni.Kat bawah ni seperti biasa aku bagi sedikit sinopsis.

SINOPSIS : PERSONAL TASTE

credit to DramaWiki

Jeon Jin Ho is a straight guy who pretends to be gay in order to become a roommate to his female friend, Park Kae In. His hobbies include organization and ironing, and he’s known for his stoic poker face. He’s a stickler for cleanliness, but he also has a talent for figuring out a women’s feelings. Kae In is very trusting even though she has a habit of being betrayed. However that doesn't stop her from giving people the benefit of doubt and Jin Ho is no different. How will Kae In react when she finds out that her gay roommate is not actually gay at all and that he has fallen for her? --Source: Javabeans

Pelakon:

Son Ye Jin sbg Park Kae In

Lee Min Ho sbg Jeon Jin Ho

Kim Ji Suk sbg Han Chang Ryul

Wang Ji Hye sbg Kim In Hee

Episode : 16

Genre : komedi romantik

Aku suka dengar lagu ni Making love-4minutes


credit to nguymnet1410@youtube

DRAMA JEPUN: 4 SHIMAI TANTEI DAN



Assalamualaikum dan HI!!!!!

Drama Jepun yang aku nak kongsi kali ni,adalah mengenai penyiasatan. Drama 4 Shimai Tantei Dan mempunyai 9 episod . Drama ini diadaptasikan dari sebuah novel misteri yang ditulis oleh Jiro Akagawa. Dilakonkan oleh :-


Kaho sbg Sasamoto Yuriko (bongsu)
Nakagoshi Noriko sbg Sasamoto Mari (sulung dan bekerja sebgai peramugari)
Kato Natsuki sbg Sasamoto Ayako (kakak no.2 yang agak blur)
Ichikawa Yui sbg Sasamoto Tamami (no.3 sangat suka akan duit)
Muroi Shigeru sbg Miyamoto kazuyo (mak cik kepada 4 beradik Sasamoto)
Namase Katsuhisa sbg Jonouchi Hideaki ( boyfriend Miyamoto yang sangat teruja dngan DSLR)

Cerita dimulakan apabila rumah keluarga Sasamoto terbakar dan polis menjumpai mayat seorang wanita yang hamil. Waktu itu Sasamoto iaitu ayah kepada Yuriko,Mari, Ayako dan Tamami keluar negara untuk menjalani kajiannya. Pihak polis syak yang ayah mereka terlibat dalam pembunuhan itu . Yuriko tidak mempercayai yang ayahnya seorang pembunuh dan berbincang dengan kakak-kakaknya untuk menjalani siasatan mencari siapa dalangnya. Pada mulanya mendapat tentangan hebat dari kakaknya. Sementara itu, mereka berempat menumpang dirumah Cikgu yang juga seorang pelukis( cikgu kepada Ayako). Rupa-rupanya, mereka tinggal dirumah seorang pembunuh dan pembunuhnya akhirnya ditangkap. Semenjak dari hari itu, apabila ayah mereka keluar menjalani kajian, pelbagai tragedi terjadi. Sehinggakan 4 beradik ini menubuhkan pasukan siasatan persendirian. Setiap episod ada pembunuhan berlaku dan akhirnya dapat diselesaikan dan dirungkaikan oleh 4 beradik ini.


Untuk cerita ini, aku bagi 5 bintang!!

Tuesday, June 22, 2010

DRAMA KOREA : BEETHOVEN VIRUS



Assalamualaikum dan Hi semua....

Apa khabar? seharusnya khabar baik la kan. Hope semua sentiasa sihat dalam menjalani kehidupan seharian.Ok.Kali ni aku nak berkongsi sebuah lagi drama korea ,yang pada jangkaan aku menarik jugalah. Aku penah membaca satu artikel mengenai seorang pengarah drama.Tapi aku tak ingatlah pengarah tue. Dalam artikel tersebut , beliau mengatakan sebuah drama atau filem yang berjaya adalah apabila para pelakon dapat menghayati watak masing-masing. Tidak kira watak utama atau watak sampingan. Seperti dalam drama BEETHOVEN VIRUS ni, barisan pelakon dalam cerita ini menghayati watak dan peranan mereka masing-masing.

Drama ni mengisahkan sebuah kumpulan pemain muzik. Walaupun mereka ni(pelakon)bukanlah pemain muzik yg sebenar. Tetapi cara mereka mengendalikan alatan muzik itu sendiri, seolah-olah mereka memang adalah seorang yang berprofessional. Bagi aku, drama ini berjaya menarik minat aku untuk menontonya. Kalau kita nak buat cerita pasal muzik, buat pasal muzik betul-betul, kalau nak buat mengenai seorang tukang masak, jadikan cerita itu berkisar mengenai memasak, kalau pasal polis, cerita la pasal polis dan sebagainya. baru la penonton seronok nak tengok. Dalam pada masa yang sama diselit jugak unsur2 pengajaran. Banyak pula aku berceloteh. Tapi apa yang ingin aku sampaikan adalah pendapat aku sendiri. Masing-masing ada pendapatnya tesendiri. So, apa-apa jua drama dan filem perlu ada daya tarikan tersendiri, supaya apa yang kita lihat memberi kesan dan ingat sepanjang masa.

Dibawah ni aku bagi serba sedikit sinopsis BEETHOVEN VIRUS

Source: DramaWiki

Kang Gun Woo is a world renowned orchestra maestro who is a perfectionist in his work. He is not an easy person to work with and is fear by all his players. By chance, he comes across Du Ru Mi, a violinist, and a young cop who has the same name as his and discovers that even without formal training, the young Kang is a music genius. The three soon get tangled in a love triangle.

Drama ini dibarisi oleh para pelakon seperti KIM MYUNG MIN, LEE JIN AH, JANG GEUN SUK dan ramai lagi .

OST BEETHOVEN VIRUS

NAESARAM by HWANHEE

Credit to JKseels

sapa2 yang minat dengan JANG GEUN SUK.....bolelah tgk dia main trumpet...hihihhi...cute...

memang menjadi la watak2 dalam cerita ni.Ada jugak sebuah lagu yg dinyanyikan oleh JANG GEUN SUK "Can you hear me"

Kalau nak tau lebih lanjut lagi..lawat la kat link ni---->hurulaini.net

DRAMA MELAYU: NUR KASIH THE MOVIE


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..........

Hi ....kita jumpa lagi! Kali ni , kita sembang-sembang pasal drama /movie melayu plak. Yelah, asyik drama korea saja. Apa kata kita bercerita pasal drama melayu . Bagi aku drama atau filem kat Malaysia sekarang nampak ada peningkatannya. Dalam banyak filem dan drama yang aku tengok. Aku suka sangat drama yang berjaya menarik perhatian aku dan membuatkan aku tidak sabar nak tengok setiap minggu. Ya! Drama Nur Kasih lakonan Fizz Fairuz, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Bagi aku inilah drama yang paling terbaik yang penah aku tengok. Tahniah kepada crew Nur Kasih!.

Apa keunikanya drama ini? Ni dari sudut pandangan aku.

1. Drama ini, tidak terlalu berat. Santai. Selalunya drama penuh dengan bisnes,saham,holding la. yg kadang2 aku x paham langsung.

2. Setiap drama mesti da nasihat dan pengajaran yg ingin dsampaikan. Aku suka sgt babak time Adam dan aidil waktu kecik2. Sewaktu aidil nasihat dekat adam sbb adam malas mengaji al-quran.

3. Lagu yang best! sampai sekarang aku jadikan lagu Nur Kasih sebagai ringtone.

4. Scene kehidupan dan suasana kampung . Skrip plak mantap!.


Apa pula pendapat anda semua? Setelah berakhirnya drama ni, aku masih lagi tertunggu2 drama yang bleh wat aku rasa WOW!. Tahu tak, yang drama Nur Kasih ni, akan dijadikan filem pula. Ini merupakan 1 berita baik tuk ak dan tak lupa juga buat para peminat Nur Kasih. Ini memang betul!!. Akan mula pengambaran pada awal bulan Jun ni dan akan ditayangkan pada hujung tahun ni jugak.


Kalau tak percaya cuba layari blog fizz fairuz ni ------> FIZZ FAIRUZ DI MAJLIS NUR KASIH


Tak sabar aku rasa...semestinya aku akan jd org pertama yg beli tiket wayang...hihihihi




Monday, June 21, 2010

PENGENALAN : MUZIK & DRAMA


Assalamualaikum semua!

Atas permintaan ramai, dengan ini aku khaskan satu blog untuk info muzik dan drama dari Malaysia, Indonesia, Japan dan Korea. Sebelum ini, blog ONE FINE DAY banyak telah aku post mengenai drama, muzik terbaru dan yang popular. Disebabkan blog tersebut dah macam rojak.Lebih baik aku selaraskan untuk memudahkan para peminat muzik dan drama membaca. Mungkin anda akan terbaca post yang sama. Jangan risau, selepas dari ini, banyak lagi muzik dan drama yang aku akan kongsikan kepada anda


SELAMAT DATANG KE BLOG BARU MUZIK DAN DRAMA
Related Posts with Thumbnails