sponsor

READ , RATE and GET MONEY

Showing posts with label h-soul. Show all posts
Showing posts with label h-soul. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

MUZIK: LIRIK EVEN BECOMING WINDS @EVEN IF WISHED COME TRUE




Assalamualaikum....dan HI semua!!!

Mungkin anda dah dengar lagu OST Road No.1, yang dinyanyikan oleh Hwanhee. Tajuk untuk lagu ni, MDD agak keliru sikit. Tak tau yang mana satu betul. Yerlakan, MDD tak pakar sangat bahasa korea ni. Rasanya nak kena masuk kelas bahasa korea lepas ni.

Kalau dalam bahasa korea-Barami Doeeoseorado . MDD google punya google, banyak plak maksudnya.Takper la....tak kisahlah EVEN BECOMING WINDS atau EVEN IF WISHED COME TRUE. Janji lagu ni best sangat untuk didengar. Ditambah pula bila liriknya ditranslate. MDD agak syahdu jugak. Memang sepadan la dengan tema Drama ini. Kat sini MDD , sertakan lagi sekali lagu ni + lirik lagu yang dah diterjemahkan. SEMOGA TERHIBUR!!!!.

MDD nak bagi tahu lagi sekali yang lagu ni adalah OST untuk Drama korea terbaru Lakonan Sob Ji Sub dan Kim Ha Neul- Road No.1. Drama ini mengenai peperangan dan percintaan. Drama ini menelan belanja 10 billion Won. Lagu BARAMI DOEEOSEORADO dinyanyikan oleh bekas kumpulan FLY TO THE SKY- Hwanhee. Lagu ini juga khas untuk watak utama.(disebabkan itulah OST ini release dulu berbanding lagu lain)






HWANHEE
MV OST ROAD No.1
Credit to yukichi2525@youtube.com





LIRIK-EVEN IF WISHED COME TRUE by HWANHEE
Credit to wackycashew

VERSE 1:
Though we have to part, it’s just for a short while
I know in this world, there’s no one else but you
Do you think you can wait for me to return?
Or do you think I’m asking for too much?

You know you’re the reason I live
I will hold on to you
Until the day we meet once again

CHORUS 1:
Don’t you ever doubt the love that I have for you
Deep within my heart, I will keep a place for you
Whenever you feel I’m far away
Just think of all the times we’ve shared
I hope that it would ease the pain that’s in your heart

VERSE 2:
Everything I do, it’s all because of you
To protect you from the harm this war may bring
Please just wait for me; I will surely fulfill
The promise that was made since we were young

Please believe in me when I say
Have faith now and always
Nothing, no one can tear us apart

Repeat Chorus 1

CHORUS 2:
You may think that I am just leaving you behind
But this is what I must do so that you can live
Don’t let yourself turn to someone else
I’ll be back; I’ll keep my word
Find it within yourself the strength to carry on

No matter how much time
No matter how much pain
No matter what, my love, believe in us

Thursday, June 24, 2010

MUZIK : EVEN BECOMING WINDS by HWANHEE(OST ROAD No.1)

HWANHEE aka FANY bekas ahli group FLY TO THE SKY

Assalamualaikum semua dan Hi!!

Seperti yang dijanjikan,aku nak kongsikan lagu yang aku katakan lagu yang syahdu dan menyentuh hati( walaupun aku belum paham lagi apa maksud lagu ni). Ini merupakan bahagian pertama untuk OST Road No.1.Tak sangka keluar yang pertama. Sebabnya, Lagu yang bertajuk EVEN BECOMING WINDS dinyanyikan oleh HWANHEE ini merupakan tema lagu untuk watak utama dalam drama Road No.1. Watak utama itu adalah Lee Jang Woo yang dilakonkan oleh So Ji Sub.

Credit to sonicksaran@youtube.com





Wednesday, June 23, 2010

DRAMA KOREA: FASHION 70S


Assalamualaikum semua dan Salam 1 Malaysia.

Nampaknya, agak lama aku tak update sinopsis pasal drama korea dan jepun. Pagi ni tiba-tiba aku teringat 1 drama, selepas aku mainkan lagu Gasuemapado by Hwanhee. Cerita ini mengenai fesyen di zaman 70-an. Sesiapa yang suka fesyen-fesyen ni, boleh la tgk drama ni. Drama ni penah ditayangkan di 8tv. Jalan cerita dimulakan dari zaman kecik hinggalah ke besar. Scene yg diambil pun memang ada mood 70s. Memamg terbaik la. Bila aku tengok drama ni, secara keseluruhnya byk pengajaran yang disampaikan. Contohnya macam hormat anak kepada ibu bapa, kasih sayang anak kepada ibu dan bapa, Sikap tidak mudah putus asa, Selalu ingin mencuba sesuatu yang baru dan banyak lagi la.Apa-apa pun jom layan sinopsisnya....


Sinopsis
Kisah drama ni dimulakan pada zama perang Korea. Ia mengisahkan mengenai 4 orang sahabat yang mempunyai kareter yang sendiri.Waktu zaman kanak-kanak, Joo hee berkawan dengan seorang budak perempuan yang bernama Kang Hee. Ibu Kang Hee, seorang yang tamak dan selalu menimbulkan kekecohan dan memberi masalah kepada Joo Hee dan Kang Hee. Pada masa yang sama Joo Hee juga berkawan dengan Dong young (anak kepada general askar) dan Jang Bin(anak kepada pereka fesyen yg terkenal).

Disebabkan masalah peperangan di South Korea, Kang Hee dan Joo Hee terpisah daripada keluarga mereka. Ibu Joo Hee mati disebabkan letupan bom. Ayah Joo Hee sangka yang anaknya mati dan mengambil Kang Hee sebagai anak angkat. Ayah Kang Hee juga, menukarkan nama Kang Hee sebagai Joo Hee.

Ibu Kang Hee terjumpa Joo Hee dipusat anak-anak yatim, dan disebabkan trauma Joo Hee tidak kenal sapa dirinya yang sebenar. Ibu Kang Hee membawa Joo Hee disebuah Pulau dan menetap disitu. Sebenarnya, ibu Kang Hee, lebih rela tinggalkan anaknya dibawah penjagaan ayah Joo Hee. Ini disebabkan, ibu Kang Hee tidak mahu lagi anaknya hidup di dalam kesusahan.
Di pulau,dimana Joo Hee dibesarkan dalam keadaan yang serba kemiskinan. Untuk mengelakkan Joo Hee dari ingat siapa dirinya, ibu Kang Hee menukarkan nama Joo Hee kepada Duh Mi.

Tahun demi tahun, hari demi hari, Duh Mi sudah meningkat dewasa.Minatnya terhadap dunia fesyen masih tidak lekang lagi. Dia bercita-cita tinggi untuk menjadi pereka fesyen terkenal. Tetapi cita-citanya dihalang oleh ibu Kang Hee. Ibu Kang Hee risau jika Duh Mi balik semula ke seoul, ingatnya akan pulih dan tembelangnya akan pecah. Semangat Duh Mi tidak pernah pudar dan Duh Mi menghantar borang untuk belajar disebuah akademi fesyen iaitu tempat dimana kawan lama iaitu Jang Bin.

Dong Young pula terjumpa dengan Duh Mi di Pulau itu. Tetapi Dong Young tidak tahu yang itu adalah Joo Hee yang dia cari selama ini. Dong Young yang membawa Duh Mi ke Seoul untuk memenuhi segala hajatnya dan pada masa yang sama Dong Young dan Duh Mi saling cinta dan mencintai. Di akademi, Kang Hee juga belajar disitu. Kang Hee juga tidak tahu yang Duh Mi adalah kawan karibnya sewaktu zaman kanak-kanak. Mereka bersaing untuk menjadi pereka fesyen yang terkenal. Disinilah bermulanya kisah 4 orang sahabat yang masing-masing mempunya tujuan hidup yang inign mereka kecapi. Percintaan, tragis, dan menyayat hati. Adakah Duh Mi akan ingat semula siapa dirinya yang sebenarnya?Bagaimana pula percintaan antara mereka berempat? Banyak persoalan yang akan dirungkaikan.


Pelakon
Lee Yo Woen sbg Han Duh Mi (Ko Joo Hee)
Kim Min Jung sbg Ko Joo Hee (Kang Hee)
Joo Jin Mo sbg Kim Dong Young
Chun Jung Myung sbg Jang Bin


OST FASHION 70s by Hwanhee & Brian (FLY TO THE SKY)

CREDIT to KALIXCFB

Related Posts with Thumbnails