Assalamualaikum semua dan Salam 1 Malaysia.
Nampaknya, agak lama aku tak update sinopsis pasal drama korea dan jepun. Pagi ni tiba-tiba aku teringat 1 drama, selepas aku mainkan lagu Gasuemapado by Hwanhee. Cerita ini mengenai fesyen di zaman 70-an. Sesiapa yang suka fesyen-fesyen ni, boleh la tgk drama ni. Drama ni penah ditayangkan di 8tv. Jalan cerita dimulakan dari zaman kecik hinggalah ke besar. Scene yg diambil pun memang ada mood 70s. Memamg terbaik la. Bila aku tengok drama ni, secara keseluruhnya byk pengajaran yang disampaikan. Contohnya macam hormat anak kepada ibu bapa, kasih sayang anak kepada ibu dan bapa, Sikap tidak mudah putus asa, Selalu ingin mencuba sesuatu yang baru dan banyak lagi la.Apa-apa pun jom layan sinopsisnya....
Sinopsis
Kisah drama ni dimulakan pada zama perang Korea. Ia mengisahkan mengenai 4 orang sahabat yang mempunyai kareter yang sendiri.Waktu zaman kanak-kanak, Joo hee berkawan dengan seorang budak perempuan yang bernama Kang Hee. Ibu Kang Hee, seorang yang tamak dan selalu menimbulkan kekecohan dan memberi masalah kepada Joo Hee dan Kang Hee. Pada masa yang sama Joo Hee juga berkawan dengan Dong young (anak kepada general askar) dan Jang Bin(anak kepada pereka fesyen yg terkenal).
Disebabkan masalah peperangan di South Korea, Kang Hee dan Joo Hee terpisah daripada keluarga mereka. Ibu Joo Hee mati disebabkan letupan bom. Ayah Joo Hee sangka yang anaknya mati dan mengambil Kang Hee sebagai anak angkat. Ayah Kang Hee juga, menukarkan nama Kang Hee sebagai Joo Hee.
Ibu Kang Hee terjumpa Joo Hee dipusat anak-anak yatim, dan disebabkan trauma Joo Hee tidak kenal sapa dirinya yang sebenar. Ibu Kang Hee membawa Joo Hee disebuah Pulau dan menetap disitu. Sebenarnya, ibu Kang Hee, lebih rela tinggalkan anaknya dibawah penjagaan ayah Joo Hee. Ini disebabkan, ibu Kang Hee tidak mahu lagi anaknya hidup di dalam kesusahan.
Di pulau,dimana Joo Hee dibesarkan dalam keadaan yang serba kemiskinan. Untuk mengelakkan Joo Hee dari ingat siapa dirinya, ibu Kang Hee menukarkan nama Joo Hee kepada Duh Mi.
Tahun demi tahun, hari demi hari, Duh Mi sudah meningkat dewasa.Minatnya terhadap dunia fesyen masih tidak lekang lagi. Dia bercita-cita tinggi untuk menjadi pereka fesyen terkenal. Tetapi cita-citanya dihalang oleh ibu Kang Hee. Ibu Kang Hee risau jika Duh Mi balik semula ke seoul, ingatnya akan pulih dan tembelangnya akan pecah. Semangat Duh Mi tidak pernah pudar dan Duh Mi menghantar borang untuk belajar disebuah akademi fesyen iaitu tempat dimana kawan lama iaitu Jang Bin.
Dong Young pula terjumpa dengan Duh Mi di Pulau itu. Tetapi Dong Young tidak tahu yang itu adalah Joo Hee yang dia cari selama ini. Dong Young yang membawa Duh Mi ke Seoul untuk memenuhi segala hajatnya dan pada masa yang sama Dong Young dan Duh Mi saling cinta dan mencintai. Di akademi, Kang Hee juga belajar disitu. Kang Hee juga tidak tahu yang Duh Mi adalah kawan karibnya sewaktu zaman kanak-kanak. Mereka bersaing untuk menjadi pereka fesyen yang terkenal. Disinilah bermulanya kisah 4 orang sahabat yang masing-masing mempunya tujuan hidup yang inign mereka kecapi. Percintaan, tragis, dan menyayat hati. Adakah Duh Mi akan ingat semula siapa dirinya yang sebenarnya?Bagaimana pula percintaan antara mereka berempat? Banyak persoalan yang akan dirungkaikan.

Pelakon
Lee Yo Woen sbg Han Duh Mi (Ko Joo Hee)
Kim Min Jung sbg Ko Joo Hee (Kang Hee)
Joo Jin Mo sbg Kim Dong Young
Chun Jung Myung sbg Jang Bin
OST FASHION 70s by Hwanhee & Brian (FLY TO THE SKY)
CREDIT to KALIXCFB
No comments:
Post a Comment