sponsor

READ , RATE and GET MONEY

Monday, June 28, 2010

DRAMA MELAYU: LAILA ASYIKIN (TV3)




Assalamualaikum dan Hi semua!!!

Ketemu lagi.Okey kali ini MDD nak bagitau pasal drama dari slot Samarinda TV3 yang terbaru. Drama ini akan mula ditayangkan pada 1 Julai ini. Setiap hari Selasa~Khamis, Jam 10.30 malam. Drama LAILA ASYIKIN ini bakal menggantikan drama NOKTAH ERNA.

Siapa pelakon utama Drama LAILA ASYIKIN ini?
Hah~~~ingat tak lagi kawan baik kepada Nur Amina dalam cerita NUR KASIH. Ala yang sama-sama belajar di UIAM. Yup, mesti ingatkan .Selama ini hanya berlakon sebagai watak sampingan dan kini Nur Fathia Latiff menjadi watak utama dalam Drama LAILA ASYIKIN ini. Selain dari Nur Fathia, antara pelakon lain yang menjayakan drama ini adalah Fahrin Ahmad (Hero rasanya), Diana Amir, Hamidah Wahab, Zain Ruffedge dan ramai lagi.

Sinopsis penuh MDD tak dapat nak cari lagi. Tapi dalam myMetro online, ada bagitau sikit. Laila Asyikin merupakan seorang gadis remaja ,berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Seorang perempuan solehah yang mengharungi pelbagai dugaan hidup. Nampak macam samar-samar lagi kan. Jangan risau , nanti kalau ada Sinopsis MDD cepat-cepat update.


PERINGATAN LAGI SEKALI>>>>!!!
JANGAN LUPA K...SAKSIKAN DRAMA TERBARU SLOT SAMARINDA TV3 "LAILA ASYIKIN" SETIAP HARI SELASA~KHAMIS,JAM 10.30 MALAM ,MULAI 1 JULAI 2010


p/s: poster kat atas tue,MDD buat sendiri sebab poster yang betul tak keluar lagi.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails